'Konvoi Selamatkan SPRM': Pemimpin AMK dipanggil polis



Konvoi Selamatkan SPRM semalam dengan 100 buah kenderaan menyebabkan pihak polis memanggil pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia esok untuk disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman.


Menurut Ketua AMK, Akmal Nasir selain beliau, Naib Ketua AMK, S. Thiban, Setiausaha AMK Syukri Razab dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan P. Prabakaran juga dipanggil sama.


"Sementara kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, initimidasi terhadap pemberi maklumat mahupun kumpulan pendesak perlu dihentikan segera, dan sebaliknya (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Tan Sri Azam Baki perlu dicutikan agar siasatan rapi dapat dijalankan.


"Malangnya pada masa yang sama, kerajaan terutamanya Perdana Menteri dilihat masih pasif dan tidak menghiraukan gesaan orang ramai agar ‘darurat integriti’ ini segera dipulihkan.


"AMK mengambil pendirian untuk meneruskan desakan sehingga krisis integriti ditangani dengan lebih serius oleh pihak Kerajaan," katanya.


Tambah Ahli Parlimen Johor bahru itu, AMK tidak akan gentar dengan sebarang intimidasi dan akan meneruskan desakan melalui 'Memorandum Rakyat' yang akan diserahkan di hadapan Bangunan Parlimen ketika Persidangan Khas Parlimen pada 20 Januari ini.


"Bagi menjadikan serahan memorandum ini sebagai referendum kebimbangan rakyat, AMK akan mengadakan konsultasi bersama para aktivis, kumpulan masyarakat sivil, NGO-NGO, aktivis mahasiswa, serta kumpulan-kumpulan pendesak yang lain," katanya.


Selain itu, Akmal juga berkata, AMK setiap negeri telah melakukan laporan polis agar menyiasat skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM .


Azam menjana kontroversi apabila mengaku Akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) Saham miliknya digunakan oleh adik beliau untuk pembelian saham dan waran melibatkan sejumlah wang yang besar.


Isu berkenaan semakin serius apabila Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak menggunakan kuasa beliau membenarkan siasatan bebas dengan mencadangkan penubuhan suruhajaya siasatan khas sebagaimana dituntut Pakatan Harapan dan parti pembangkang lain.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER