top of page

Konvoi Kembara Malaysia Madani R4MC kunjungi Kedah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 15, 2024
  • 1 min read

ree

Konvoi Kembara Malaysia Madani R4MC selesai mengunjungi beberapa lokasi di Kedah semalam.


Menurut satu kenyataan, konvoi berkenaan bermula di Perai apabila kesemua peserta berkumpul di Hotel Pearl View, Perai pada Sabtu pagi.


Di sana diadakan majlis serahan baju T dan taklimat sebelum konvoi dilepaskan oleh Senator Amir Ghazali pada jam 9 pagi untuk ke destinasi seterusnya.


Konvoi tiba di Alor Setar pada tengah hari dan memulakan program ziarah reformis. Terdapat 10 lokasi perhentian untuk menyerahkan sedikit sumbangan kepada reformis yang telah berjasa sepanjang perjuangan reformasi selama dua dekad.


ree
Rezal (empat dari kanan) bersama Datuk zamri menziarai reformis yang uzur menghulurkan sedikit sumbangan

Program tersebut tamat pada jam 3 petang. Pihak pengajur di Kedah mengucapkan syabas kepada beberapa pimpinan KEADILAN yang mengatur program dengan baik, termasuk Senator Amir Ghazali, Timbalan Pengerusi MPN Datuk Zambri Yusuf dan rakan rakan sepejuangan di Alor Setar membantu mempermudahkan urusan konvoi R4MC.


Konvoi dijadualkan bertolak ke Perlis pada Ahad.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page