top of page

Konvensyen Pilihanraya tingkat tekad KEADILAN Kemaman ulangi sejarah PRU 1999



Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 di Shah Alam semalam meningkatkan semangat Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kemaman untuk mengulangi sejarah sukses dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.


Menurut kenyataan AMK Cabang Kemaman, parti itu pernah mencipta sejarah memenangkan Allahyarham Abdul Rahman Yusof sebagai Ahli Parlimen Kemaman pada 2 dekad lalu.


"Mengambil semangat daripada konvensyen ini, pihak AMK Kemaman akan mengemaskini jentera pilihan raya AMK dan menyusun gerak kerja bersepadu bersama pihak Cabang.


"Pihak AMK juga akan meningkatkan gerak kerja ke akar umbi bagi menyantuni pengundi dan masyarakat di daerah Kemaman agar mesej KEADILAN sampai ke rakyat di bawah.


"Kita tidak akan melupakan sejarah PRU ke 10 pada tahun 1999 di mana kerusi Parlimen Kemaman dimenangi melalui Allahyarham Haji Abdul Rahman Yusof, cabang Kemaman mencatat sejarah ulung KEADILAN dengan menyumbang 1 daripada 5 kerusi parlimen ketika itu.


"AMK Kemaman berazam mengulangi sejarah manis ini dan menjadikan parlimen Kemaman sebagai salah satu kubu kuat KEADILAN di Terengganu," kata kenyataan AMK itu.


Justeru, menurut Unit Penerangan AMK Kemaman lagi, persiapan sudah disusun dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan terutama apabila pihak kerajaan BN memutuskan untuk membentang Belanjawan 2023 tiga minggu lebih awal.


AMK Kemaman ke konvensyen semalam diwakili oleh Ketua AMK, Hidayat Mat, Timbalan Ketua AMK Saila Mohd Noor dan setiausaha AMK Mohd Aizad Safwan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page