top of page

Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 untuk semua anggota parti

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 27, 2022
1 min read


Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 yang akan diadakan di Shah Alam, Selangor hari ini terbuka kepada semua anggota parti.


Bagaimanapun, menurut Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Rafizi Ramli, oleh kerana saiz dewan yang terhad maka anggota dinasihatkan datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.


"Memandangkan ada permintaan supaya Konvensyen Pilihanraya KEADILAN 2022 dibuka kepada semua anggota, saya menjemput semua anggota KEADILAN dari seluruh negara yang berkelapangan untuk hadir.


"Sukacita juga saya maklumkan penyertaan dari cabang-cabang seluruh negara telah memenuhi jumlah penyertaan yang ditetapkan JPRP.


"Oleh itu, saya memohon kerjasama semua anggota yang hadir untuk bersabar jika ada sebarang kekurangan di pihak penganjuran memandangkan kehadiran “walk-in” adalah tambahan kepada perancangan asal," katanya dalam satu kenyataan.


Konvensyen yang diadakan antara pukul 2 hingga 5 petang itu dianjurkan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, di Shah Alam.


Pendaftaran kemasukan bermula pada pukul 1 petang dan perserta digalakkan datang lebih awal.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page