top of page

Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN 2022: Mantapkan persiapan tawan Putrajaya



Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN 2022 yang akan diadakan pada 27 Ogos ini akan menetapkan strategi dan pendekatan sesuai untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Logo Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN 2022

Menurut Pengarah Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN, Manivanan Gowin, program mulai pukul 2 petang hingga 5 petang di Shah Alam, Selangor itu memunyai 2 objektif utama dalam persediaan parti mendepani pilihan raya yang paling mencabar dalam sejarah.


"Program ini akan menetapkan hala tuju strategi parti dalam memasuki PRU 15 yang boleh diadakan pada bila bila masa


"Juga mengemaskini arahan persediaan kempen kepada seluruh lapisan jentera parti serta menyuntik semangat dan membentuk jati diri anggota sebagai persiapan memasuki PRU 15


"Penyertaan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN ini adalah terbuka untuk semua lapisan pimpinan termasuk pimpinan pusat, negeri, cabang, AMK, Wanita, Srikandi, Ahli ahli Parlimen, ADUN, aktivis parti, akar umbi parti termasulah sukarelawan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, petang ini.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu lagi, Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN tersebut, terbahagi kepada 2 segmen iaitu, segmen suara akar umbi dan segmen suara pimpinan yang terdiri daripada ucapan serta amanat khas pilihan raya oleh presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan amanat strategi pilihan raya, oleh Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Rafizi Ramli.


"Bersama dengan informasi ini, kami juga akan meluncurkan logo Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN 2022 yang berkonsepkan Suara Rakyat, Suara Keramat.


"Maka, setiap anggota keadilan yang dahagakan kejayaan dalam PRU 15 wajar bersama-sama dengan kita untuk mencipta sejarah, menyuntik semangat dan bersama sama bersedia sebagai keluarga KEADILAN menghadapi PRU yang akan datang," katanya lagi.


Konvensyen berkenaan akan dianjurkan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page