top of page

Konvensyen PH dipercepat ke 20 Oktober - Fahmi



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang akan diadakan tidak sampai sebulan daripada sekarang memerlukan tempoh persediaan rapi untuk berkempen.


Menanggapi hal itu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) petang ini bersetuju untuk mempercepatkan tarikh konvensyen PH seminggu lebih awal.


Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, tarikh baharu konvensyen ialah pada 20 Oktober bersamaan tarikh mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya bagi menetapkan hari penamaan calon dan mengundi.


"Berkenaan konvensyen PH, oleh sebab PRU sudah dekat kita telah buat keputusan anjakkan tarikh kovensyen dari 29 Oktober kepada 20 Oktober.


"Tempat masih di Perak. Maklumat khusus berkenaan lokasi akan diberikan," katanya kepada wartawan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.


Berkenaan cadangan pembubaran DUN Pulau Pinang, Fahmi berkata, Majlis Presiden akan membuat pengumuman mengenai perkara itu sedikit masa lagi.


"Kita bincang perkara itu dan ada beberapa perkara khusus yang diteliti. Dalam masa terdekat Majlis Presiden akan buat pengumuman. Ada permintaan dari rakan rakan dari Pulau Pinang (bubar DUN) dan dibawa ke perbincangan.


"Selangor belum ada perubahan dan kita akan putuskan pendirian dalam tempoh segera," katanya.


Menjawab soalan mengenai penyertaan Muda ke dalam PH, Fahmi menegaskan perkara itu telah dibincang dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat.


"Berkenaan isu Muda kita ada berbincang. Positif, kita akan membuat pengumuman," katanya.


Jelas Fahmi, mesyuarat petang itu juga membincangkan mengenai manifesto, strategi pilihan raya dan pelbagai isu penting berkaitan pilihan raya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page