top of page

Konvensyen Perpaduan Perak buka tirai, perkukuh kekuatan komponen



Oleh: Abdullah Zaid


Tumpuan hari ini terarah ke Hotel Casuarina, Meru di Ipoh yang menghimpunkan perwakilan dan pemimpin negeri Perak daripada komponen Kerajaan Perpaduan bagi memacu kerjasama lebih utuh pada masa depan.


Seawal 9.40 pagi, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Perak yang diadakan buat julung kali membuka tirainya menerusi ucapan aluan Pengerusi Pakatan Harapan negeri Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa disusuli ucapan dasar oleh Pengerusi Barisan Nasional merangkap Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.


Disusuli dengan ucapan forum Pemuda Perpaduan dengan segmen ‘Perspektif Generasi Muda’ pada 10.30 pagi ini bagi memfokuskan kepada agenda ekonomi, pembinaan negara bangsa dan peranan belia dalam konteks Malaysia Madani.


Selain itu, konvensyen diteruskan lagi dengan forum ‘Perpaduan Mengangkat Agenda Perak Sejahtera 2030’ pada 11.30 pagi sebelum berakhir pada 12.30 tengahari nanti.


Seramai empat pembahas terdiri daripada pemimpin dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam segmen kedua tersebut.


Sementara itu, agenda konvensyen akan diteruskan lagi pada 2 petang dengan ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Kemuncak konvensyen bertemakan 'Madani Mengangkat Agenda Rakyat' itu akan berakhir pada 4.10 petang dengan amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan sebelum berakhir dengan deklarasi konvensyen.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page