top of page

Konvensyen Perpaduan: Cari titik persamaan kukuh kekuatan anggota - Saarani



Oleh: Abdullah Zaid


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyeru anggota komponen Kerajaan Perpaduan mencari titik persamaan demi mengukuhkan hubungan antara parti.


Menerusi ucapan dasarnya, beliau yang juga Menteri Besar Perak mengingatkan rakan komponen untuk merobohkan tembok perbezaan agar Kerajaan Perpaduan ini dapat menjadi aspirasi kepada rakyat.


"Perkara pertama yang perlu kita beri perhatian ialah mengenai peri pentingnya kita mengurus perbezaan.


"Ia juga dapat memastikan kita mengertikan baik-baik kerana ia sangat fundamental dalam konteks berkerajaan. Sejarah telah mengajar kita bagaimana mudahnya sebuah kerajaan runtuh akibat gagal mengurus perbezaan," katanya ketika berucap di Konvensyen Perpaduan Perak di Hotel Casuarina, hari ini.


Jelasnya, apabila perpaduan dan keharmonian berjaya diutuhkan maka lebih mudah untuk blok MADANI membina naratif yang menyemai perpaduan sekali gus dapat menyubur keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum.


"Perak dianggap sebagai mini Malaysia. Komposisi kaumnya mencerminkan wajah sebenar Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.


"Namun, tidak semua orang menghargai keunikan kepelbagaian ini. Ada sahaja isu sengaja ditimbulkan untuk memercik api persengketaan. Ada sahaja naratif berbaur kebencian sengaja disebar untuk menimbulkan kesangsian antara kaum.


"Oleh itu, kita mesti melihatnya sebagai satu peluang. Ini peluang untuk kita tonjolkan citra Kerajaan Perpaduan yang sentiasa berusaha menyatukan, bukan memecahbelahkan," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page