top of page

Konvensyen Pakatan Harapan di Perak, 29 Oktober



Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan konvensyen di Perak pada 29 Oktober ini.


Menurut Ketua Penerangan PH, Teo Nie Ching, konvensyen tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH semalam


"Majlis Presiden PHtelah memutuskan untuk mengadakan Konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan di negeri Perak pada 29 Oktober 2022 ini.


"Pengerusi DAP Perak YB Nga Kor Ming telah dilantik sebagai Pengarah Konvensyen Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Di samping pengajuran konvensyen itu juga, kata Nie Ching, PH akan memulakan siri ceramah jelajah di Perak terutama di 4 kawasan tumpuan pada hujung bulan Oktober.


"Pada masa yang sama, satu siri jelajah HARAPAN dan ceramah perdana pimpinan utama PH akan diadakan di 4 kawasan Parlimen iaitu Tambun, Lumut, Tapah dan Parit Buntar pada malam 28 Oktober.


"Program ini demi merapatkan saf serta menyemarakkan semangat rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15," katanya lagi.


Konvensyen PH yang terakhir sebelum PRU ke 15 tersebut dijangka akan membuat beberapa pengumuman penting.


Konsyensyen PH sebelum PRU 14 pada 2018 lalu telah tercatat sebagai pemangkin utama kejayaan PH menawan Putrajaya dengan mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) dan TPM pada majlis tersebut serta menyelesaikan pembahagian kerusi antara KEADILAN, DAP, Amanah dan Bersatu pada waktu itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page