top of page

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan: Ke arah gabungan politik mega?



Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan dianjurkan pada 14 Mei ini merupakan julung kalinya parti parti komponen dalam kerajaan bersidang dan berbincang untuk menentukan hala tuju seterusnya dalam gabungan pemerintahan negara.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, langkah mengadakan konvensyen tersebut adalah inisiaif positif ke arah memantapkan kerjasama politik secara mantap sama ada pada peringkat atasan sehinggalah ke peringkat akar umbi di ranting-ranting dan di cawangan-cawangan parti di seluruh negara.


"Kewujudan konvensyen nasional ini juga memberi petanda kerjasama dalam bentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Persekutuan bukanlah sekadar muafakat semusim dan sepenggal hingga ke Pilihan Raya Umum akan datang sahaja.


"Nampaknya usaha secara sedar atau tidak sedang diatur untuk membentuk satu pakatan berupa super gabungan mega yang memayungi dua gabugan Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN).


"Selain itu, keperluan mengadakan konvensyen itu agak mendesak kerana didorong cabaran yang sedang menanti berupa pilihanraya di enam buah negeri di Semenanjung tidak lama lagi.


"Kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim tentu tidak mahu mengulangi kesilapan kerajaan persekutuan gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN di bawah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang memasuki Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor pada 2021 dan 2022 dalam keadaan berpecah dan caca-merba sehingga sesama sendiri bertempur dalam pilihanraya di negeri-negeri tersebut," katanya dalam sayu kenyataan.


Menurut Hassan, sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memimpin gabungan parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini memasuki pilihanraya di 6 negeri secara tersusun dan tidak mengulangi pengalaman BN - PN yang bersatu di peringkat pusat tetapi berlawan di peringkat negeri maka imej Kerajaan Perpaduan akan muncul dengan wajah sangat berwibawa mewakili gabungan politik super mega.


Katanya, sama ada menang atau kalah dalam pilihanraya di 6 negeri akan datang ini mempunyai kesan besar kepada kelangsungan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.


Jadi gabungan super mega PH dan BN di Semenanjung, kata Hassan, perlu mencapai kemenangan selesa dan besar kemungkinan kerjasama PH dan BN tersebut di Semenanjung akan mengalami perubahan kualitatif yang menjurus kepada transformasi bentuk serta intipati.


"Jadi Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada Ahad 14 Mei 2023 ini wajar diberi perhatian serius.


"Satu sejarah politik di peringkat nasional sedang dalam pembikinan. Serupa sedikit sebanyak apa yang Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Kedua lakukan menjelang Pilihan Raya Umum tahun 1974 apabila satu gabungan super mega bernama Barisan Nasional terbentuk menggantikan gabungan Perikatan," katanya lagi.


Justeru, Hassan berharap Anwar akan berhasil mengulangi jejak Tun Razak yang berjaya mencipta permuafakatan besar politik Malaysia pada 1970an dan bertahan sehingga berpuluh tahun selepas itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page