top of page

Konvensyen Khas 25 Tahun KEADILAN 28 April ini



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan menganjurkan Konvensyen Khas 25 Tahun KEADILAN pada 28 April ini.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) dalam mesyuarat petang semalam bersetuju konvensyen ulang tahun Jubli Perak penubuhan parti itu akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor.


"MPP telah meluluskan penganjuran Konvensyen Khas 25 Tahun KEADILAN yang akan diadakan pada 28 April 2024 bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam dengan tumpuan kepada perancangan dan perkongsian halatuju parti.


"Mesyuarat juga memutuskan untuk mengadakan Malam Sambutan 25 Tahun KEADILAN pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot sepanjang hari dengan acara kemuncaknya Ucapan Amanat Presiden pada sebelah malam," katanya dalam satu kenyataan.


Konvensyen Khas 25 Tahun KEADILAN telah pun diangkat dalam Kongres Nasional KEADILAN tahun lalu.


KEADILAN turut menganjurkan penjualan Koin Piuter Bersalut Emas dan Koin Piuter edisi terhad kepada anggota dan penyokong sempena sambutan Jubli Perak itu.


Sambutan 25 tahun KEADILAN khusus meraikan sokongan dan dokongan anggota-anggota dan penyokong perjuangan reformasi sebagai tanda penghargaan parti di atas sumbangan semua pihak yang meletakkan KEADILAN di kedudukan sekarang ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page