top of page

Konvensyen Kerajaan Perpaduan beri gambaran kestabilan politik - Penganalisis



Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang bakal diadakan pada Mei ini dianggap sebagai langkah penting oleh penganalisis.


Selain boleh meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan, ia turut dapat meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang dibentuk melalui persefahaman itu berada dalam kedudukan kukuh untuk membawa negara ke depan.


"Konvensyen ini juga akan menunjukkan bahawa kerjasama antara parti utama berjalan baik dan pemimpin bekerjasama bagi satu tujuan iaitu memajukan Malaysia demi menunaikan amanah yang diberikan rakyat pada PRU15," kata Felo Akademi Sains Malaysia Prof Dr Jayum Anak Jawan dipetik.


Dari segi ekonomi, konvensyen itu juga jelasnya akan memberi lebih keyakinan kepada pelabur luar memperluas pelaburan mereka ke Malaysia.


Pandangan sama turut disuarkan Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Dr Jamaie Hamil dalam laporan sama dipetik melihat konvensyen itu mampu menjadi medan terbaik bagi kerajaan perpaduan membincangkan segala persoalan, pertanyaan dan permasalahan antara parti dalam kerajaan.


Selain membantu mencari hala tuju bersama, konvensyen itu juga pada pandangannya akan mencari formula untuk mengekalkan perpaduan dalam kerajaan.


"Konvensyen ini sangat relevan kerana keputusan nanti untuk nyatakan mengapa Kerajaan Perpaduan ini dibentuk, mengapa ia perlu dikekalkan, mengapa ia perlu disokong dan atas alasan apa kerajaan ini akan terus menjadi pemerintah yang terbaik selepas era demokrasi di negara ini berkembang.


"Konvensyen ini juga akan memberikan impak yang cukup besar kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk memahami arah tuju kerajaan supaya mereka terus memberikan sokongan," tambahnya.


Konvensyen julung kalinya dengan melibatkan 20 parti dengan empat gabungan utama itu dijadualkan pada 14 Mei di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.


Ia bukan sahaja bagi memperlihatkan solidariti dalam kalangan parti gabungan tetapi sebagai menzahirkan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page