Oleh: Abdullah Zaid
Kira-kira 800 anggota dan pimpinan Sabah hadir dalam Konvensyen Khas 25 tahun KEADILAN yang diadakan di negeri berkenaan.
Program tersebut dibuat serentak dengan anjuran KEADILAN pusat di Konvensional Ideal (IDCC) Shah Alam pada 21 April lalu.
"Seramai 15 Ketua-Ketua Cabang mengambil inisiatif bagi mengumpulkan anggota parti yang tidak dapat hadir secara fizikal di IDCC Shah Alam, Selangor bagi merasai suasana konvensyen.
"Jangkaan kehadiran awal adalah 500 anggota mengikut kapasiti dewan namun kehadiran yang didaftarkan hampir mencecah 800 anggota," kata KEADILAN Sabah dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, KEADILAN Sabah juga menzahirkan penghargaan terhadap pimpinan negeri dan cabang atas kerjasama merealisasikan anjuran berkenaan.
"Terima kasih kepada Datuk Ts Mustapha Sakmud (Ketua Cabang Kota Belud), Datuk Christina Liew (Kota Kinabalu) dan Peto Galim (Sepanggar) atas inisiatif ini serta Ketua Cabang Tuaran, Pensiangan, Sipitang, Kota Marudu, Papar, Beaufort, Kimanis, Beluran, Batu Sapi, Kinabatangan, Semporna dan Kalabakan," katanya.
Selain itu menurut kenyataan itu lagi, beberapa anugerah juga diberikan kepada para reformis Sabah bagi mengenang pengorbanan mereka yang menempuh pahit manis membawa parti KEADILAN ke mercu kejayaan.
"Selepas 25 tahun atas jasa mereka, hari ini Presiden KEADILAN diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia.
"Selamat ulang tahun KEADILAN ke-25 dan selamat menyambut Jubli Perak," ujar kenyataan itu lagi.
Sambutan 25 tahun KEADILAN diadakan secara khusus di Shah Alam minggu lalu bagi meraikan sokongan dan dokongan anggota serta penyokong perjuangan reformasi, juga sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan semua pihak yang meletakkan KEADILAN di kedudukan sekarang.
Sambutan Jubli Perak itu turut menganjurkan penjualan Koin Piuter Bersalut Emas dan Koin Piuter edisi terhad kepada anggota serta penyokong parti.
Comments