top of page

Konvensyen 25 tahun KEADILAN dipercepatkan



Konvensyen sempena 25 tahun penubuhan Parti Keadilan Rakyat akan dipercepatkan daripada tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 28 April 2024.


Menurut kenyataan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, konvensyen Jubli Perak KEADILAN itu dipinda ke tarikh 21 April 2024 pada Ahad.


"Dimaklumkan terdapat beberapa pindaan bagi acara Konvensyen 25 Tahun KEADILAN," katanya dalam kenyataan.


Selain tarikh penganjuran, tempat acara konvensyen turut diubah daripada Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor kepada Ideal Conventention Centre Shah Alam (IDCC), Selangor.


Majlis konvensyen akan diadakan dari pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang melibatkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Ahli Majlis AMK Pusat dan Negeri, Ahli Majlis Wanita Pusat dan Negeri, Ahli Jawatankuasa Cabang, Ahli Jawatankuasa AMK Cabang, Ahli Jawatankuasa Wanita Cabang dan anggota KEADILAN biasa.


Manakala kehadiran bagi anggota dari Sabah dan Sarawak boleh hadir fizikal atau mengikuti konvensyen secara atas talian.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page