top of page

Kontroversi di KLIA: Tiong harus serah kepada SPRM bertindak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 3, 2023
  • 1 min read


Kontroversi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang menimbulkan kekecohan di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru baru ini seharusnya diredakan dengan pihak Menteri itu memohon maaf.


Menurut Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Ammar Atan, permohonan maaf penting kerana Menteri terbabit telah bertindak di luar bidang kuasa beliau di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.


"Kendatipun, Pemuda AMANAH merasakan usaha dan sebab yang didakwa oleh YB Menteri untuk membanteras budaya rasuah dalam proses ketibaan warga asing adalah satu usaha yang murni, akan tetapi matlamat tidak menghalalkan cara.


"Menteri seharusnya menghormati tugas pihak yang berautoriti terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berperanan melakukan penyiasatan dalam kes berunsur rasuah," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ammar lagi, penting untuk Menteri mengekalkann tatakelola yang baik dan tidak mencampuri bidang tugas kementerian lain bagi mengelakkan isu isu sebagaimana kerajaan terdahulu yang sering berlaku campurtangan dalam hal penguatkuasaan sehingga mencetuskan ketidakcekapan dan korup pada badan penguatkuasaan.


Selain itu, Pemuda Amanah katanya mengucapkan syabas kepada Jabatan Imigresen dan penjawat awam lainnya yang menjaga keselamatan negara dengan baik, khususnya di pintu sempadan negara.


"Jasa dan tanggungjawab anda kami hargai. Anda adalah tulang belakang kerajaan yang melaksana tanggungjawab penting dan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan integriti dalam memberi penyampaian perkhidmatan," katanya lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page