Kontraktor kecil tunjuk prestasi baik diberi lebih peluang - PM
- Suara Keadilan

- 3 hours ago
- 1 min read

Peruntukan projek melibatkan kontraktor kecil Bumiputera G1 hingga G4 kini ditingkatkan daripada RM2.4 bilion kepada RM4 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, langkah diputuskan kerajaan itu bagi memperkasa ekonomi setempat serta memperluas penyertaan syarikat kecil dalam projek kerajaan.
Perkara itu dikongsikan beliau dalam ucapan di Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Kompleks Pendidikan Negeri Perak di Ipoh pada Sabtu.
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan, Kerajaan MADANI juga meningkatkan had nilai sebut harga projek bagi kontraktor kecil sehingga RM1 juta, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Bumiputera untuk mendapatkan projek berskala lebih besar.
Langkah tersebut jelasnya mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus membantu kontraktor kecil Bumiputera supaya mereka mampu berkembang dan lebih berdaya saing dalam pelaksanaan projek pembangunan negara.
Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa kontraktor kecil yang menunjukkan prestasi baik akan diberi lebih banyak peluang dan kontrak pada masa hadapan sebagai galakan untuk meningkatkan kualiti pelaksanaan projek.




Comments