
Kontroversi mengenai penganugerahan kontrak yang melibatkan Digital Nasional Berhad (DNB) dijawab hari ini oleh Menteri Komunikasi dan Mutimedia (KKD) di Dewan Rakyat.
Menurut menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil (PH - Lembah Pantai), kontrak runding terus banyak diberikan pada 2021 ketika DNB mula beroperasi dan tidak lagi berlaku pada ketika ini.
"Untuk makluman sehingga Disember 2022 pada ketika Kerajaan Perpaduan mengambilalih pentadbiran (Malaysia) jumlah tandatangan kontrak oleh DNB sebanyak 2015 kontrak, dengan nilai keseluruan RM7.8 bilion
"Daripada jumlah ini, perolehan 138 kontrak atau 97% adalah secara tender terhad mengikut piawaian industri. Melibatkan nilai RM7.5 bilion. Manakala 77 kontrak atau 3% telah dianugerahkan secara rundingan terus.
"Kementerian dimaklumkan kebanyakan rundingan perolehan terus pada 3% keseluruhan nilai kontrak itu dibuat pada 2021 ketika DNB baru ditubuhkan.
"DNB pada ketika itu memerlukan set kemahiran yang tidak tersedia ada di DNB dan hanya boleh diperolehi pada syarikat global yang berkepakaran sesuai.
"Kerajaan menghormati prinsip sanctity of contract. Ia pada ketika ini masih lagi belum membuat keputusan kepada kontrak yang telah ditandatangani.
"Walau apa pun, Perdana Menteri telah memberi penegasan ke depan semua kontrak ini akan dilaksanakan secara tender terbuka, tiada lagi runding terus," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH - Kuala Selangor).
Bagi soalan tambahan Kuala Selangor, adakah KKD melakukan audit terhadap prkhidmatan atau Quatily Of Service (QOS) yang ditawarkan DNB, Fahmi berkata, audit sentiasa dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengikut kehendak dan piawaian ditetapkan.
"Berhubung isu QOS memang ada dua aspek. Pertama SKMM, oleh kerana DNB dikawal selia oleh SKMM, sememangnya SKMM akan melakukan sama ada pengesahan atau pengauditan, ada peruntukan dalam akta SKMM itu sendiri terhadap mana mana penyedia perkhidmatan jika QOS tidak memuaskan.
"Sekiranya pihak DNB didapati tidak menyediakan perkhidmatan seperti dijanjikan maka SKMM boleh mengambil tindakan terhadap DNB," katanya lagi.