top of page

Konspirasi: Hamzah jangan main persepsi negatif tanpa bukti - David Cheong

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berhubung dakwaan wujud konspirasi dalam kes melibatkan Yusoff Rawther yang sebelum ini didakwa memiliki dadah dan pistol tiruan terus mengundang kritikan.


Bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young (gambar), timbul persoalan bagaimana seorang ahli politik senior boleh sebegitu yakin terhadap sesuatu kes yang masih dalam proses undang-undang, tanpa sebarang bukti sahih.


''Padahal beliau juga sama seperti rakyat lain yang hanya mengikuti perkembangan melalui laporan media.


''Persoalannya dalam kenyataan ini, adakah Ketua Pembangkang terlibat secara langsung dalam apa-apa bentuk berkaitan terjadinya kes?" beliau menyoal dalam satu kenyataan.


Terdahulu, Hamzah mengeluarkan kenyataan di media sosial antaranya menyebut 'Saya bersama Yusoff Rawther yakin wujudnya konspirasi dan penganiayaan dalam pertuduhan ini yang menyebabkan dia terpaksa meringkuk dalam penjara selama 9 bulan 10 hari tanpa dibenarkan ikat jamin'.


Bukan itu sahaja, malah menurut David, Ahli Parlimen Larut itu mengeluarkan seruan menyatakan 'Saya menyeru kepada rakyat agar bangkit bersama-sama untuk memastikan dalang kepada konspirasi dan penganiyaan ini diambil tindakan kerana kita tidak mahu sejarah penyalahgunaan kuasa berulang kembali'.


David menegaskan, seruan itu jelas berunsur hasutan kerana dakwaan itu dibuat secara umum dan mengelirukan, sekali gus mampu mencetuskan persepsi negatif kepada sesiapa sahaja.


Apatah lagi katanya, dalam suasana politik ketika ini yang jelas membawa maksud dikait dan ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


''Apabila tidak diperincikan (tuduhan), maka rakyat yang terpengaruh dan terpedaya akan bertindak mengikut perasaan yang akhirnya mencemarkan perpaduan dan merosakkan kesejahteraan rakyat.


''Ini merupakan ancaman terhadap keamanan negara. Selain itu saya berpendapat ia merupakan publisiti murahan daripada Hamzah yang tidak patut dipandang remeh, seharusnya dilihat dan dikaji berdasarkan Akta Hasutan,'' katanya.


Justeru kata David, adalah lebih wajar bagi Hamzah untuk menyemak semula kenyataan yang telah dikeluarkannya dan pada masa yang sama, mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat sebarang dakwaan yang boleh mengelirukan.


Nasihat David Cheong kepada Hamzah agar ahli politik itu menumpukan masa untuk menjaga kem pembangkang dan memperbetulkan terlebih dahulu kecelaruan dalam hirarki organisasinya sebelum ikut campur dalam isu isu lain.


''Ajar mereka bagaimana menjadi pembangkang yang membina dan matang, bukan sekadar menghasut rakyat dengan fakta yang tidak sahih.


"Hormatilah kerajaan yang dipilih secara sah melalui Pilihan Raya Umum, bukan terus-menerus mengharapkan laba politik daripada mimpi 'kerajaan pintu belakang','' katanya lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page