top of page

Konsert Blackpink: Ahli Parlimen Pas kehabisan modal?



Konsert artis Korea Selatan, Blackpink di Malaysia sudah seminggu berlalu dan tidak lagi menjadi isu di fikiran rakyat.


Namun bagi Ahli Parlimen Kepala Batas dari Pas, Dr Mastura Muhammad, isu tersebut diungkit kembali seolah olah Kerajaan Perpaduan yang meluluskan konsert tersebut sedangkan ia telah diluluskan pada waktu pentadbiran Kerajaan BN - PN.


Bagi aktivis KEADILAN Cabang Batu, Yuslaini Azmi, rakyat sebelum ini berharap lebih banyak Ahli Parlimen wanita dipilih maka akan lebih banyak isu isu bernas berkaitan wanita ditimbulkan, bukannya isu yang sudah diberi penjelasan tetapi disensasikan untuk meraih populariti.


"Penting sekali untuk saya ingatkan bahawa konsert Blackpink tersebut diluluskan ketika zaman Perikatan Nasional (PN) memerintah lagi jadi mengapa isu ini sengaja dibangkitkan? Adakah beliau tidak tahu atau buat-buat tidak tahu untuk mengelirukan orang ramai?


"Saya menyarankan supaya ahli parlimen Kepala Batas tersebut untuk segera belajar selok-belok bagaimana untuk menjadi seorang ahli parlimen yang baik, ahli parlimen yang membincangkan masalah rakyat dan bagaimana untuk menjadi penggubal polisi yang baik bukan sekadar mengulas sesuatu isu demi populariti yang merugikan beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Yuslaini lagi, adalah lebih baik sekiranya Dr Mastura fokus untuk berkhidmat kepada golongan pengundi muda yang sudah tentunya memihak kepada beliau sehingga memberi kemenangan menumpaskan calon senior seperti Datuk Seri Reezal Merican dalam pilihanraya lalu daripada bermain dengan isu isu popular yang beliau sendiri tidak faham.


Oleh itu, Yuslaini menasihatkan agar Ahli Parlimen tersebut mengkaji atau mendapatkan tunjuk ajar tentang tugas sebenar sebagai Ahli Parlimen.


"Sebelum ini beliau dikritik hebat gara-gara meletakkan kehadiran kenduri kahwin sebagai KPI seorang Ahli Parlimen yang mengundang bahan jenaka ramai orang.


"Bagi saya, penyertaan lebih ramai wanita bagus dalam politik negara namun ilmunya juga perlu tinggi supaya dapat membincangkan isu yang jauh lebih kritikal.


"Pada saya beliau patut menggunakan peluang yang ada menjadi Ahli Parlimen pembangkang yang lebih efektif bukannya mengikut jejak langkah ahli politik senior yang sengaja menggunakan isu perkauman, agama untuk memecahkan masyarakat majmuk di Malaysia ini," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page