top of page

Konsep Malaysia Madani selari saranan al-Quran - IKIM



Gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan apa yang diajarkan Islam melalui al-Quran, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil.


Mohamed Azam dalam satu kenyataan menegaskan, dakwaan kononnya konsep Malaysia Madani adalah sekular adalah \ salah dan terpesong.


Tambahnya, rakyat wajar memahami konsep dan falsafah sebenar disebalik konsep itu yang selari pandangan ahli falsafah Islam, Al-Farabi bahawa sumber utama ilmu madani adalah ajaran agama yang menjadi teras pembentukannya.

Malah konsep Madani juga tegasnya adalah berasaskan negara Madinah apabila Nabi Muhammad SAW berjaya menyatupadukan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum bukan sahaja umat Islam (muhajirin dan ansar), bahkan bukan Islam (Yahudi) melalui Piagam Madinah.


"Jika dilihat, Perlembagaan Persekutuan yang kita miliki hari ini juga mengambil semangat Piagam Madinah yang merupakan satu dokumen berteraskan persetujuan bersama semua pihak daripada pelbagai agama dan bangsa (kontrak sosial).


"Kerajaan Perpaduan dibentuk dengan sokongan padu daripada empat gabungan terbesar iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan menterjemahkan nilai kebersamaan dan diversiti dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia berbilang etnik dan agama," katanya dipetik.


Beliau turut menyandarkan konsep itu dengan ayat al-Quran dalam Surah al-Hujurat Ayat 13 yang bermaksud Allah menciptakan manusia daripada lelaki dan perempuan serta pelbagai bangsa supaya saling kenal-mengenali antara satu dengan lain.


"Ayat ini jelas sebagai panduan untuk hidup serumpun dan bersatu-padu walaupun mempunyai pelbagai perbezaan.


"Maka sebarang usaha atau kenyataan sensitif yang menyebarkan api kebencian, perkauman dan permusuhan dalam masyarakat perlu dipadamkan kerana bagai api dalam sekam, jika dibiarkan akan melarat," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page