top of page

Konsep Madani perlu dilihat dalam perspektif luas



Penuntut institusi pengajian tinggi dinasihatkan agar menilai konsep Malaysia Madani yang diperkenal Kerajaan Persekutuan.


Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Datuk Ismail Yusop berkata, gagasan yang diperkenal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukan sekadar slogan kosong, namun ke arah pembentukkan sebuah negara bangsa bermaruah dan berdaulat.


"Perdana Menteri juga memahami cabaran besar yang bakal ditempuh generasi muda ketika ini dan perlu menyiapkan mereka supaya bersedia bagi mendepaninya," katanya dipetik.


Ismail sebelumnya hadir bagi mewakili Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu merasmikan Program Semarak Transformasi Siswa Madani Selangor di Bangi pada Selasa.


Acara berkonsepkan penerangan idea Malaysia Madani itu disertai kira-kira 1,000 pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) dengan kerjasama Himpunan Siswazah Kebangsaan.


Sementara itu, Ismail dalam ucapannya turut menggesa penuntut universiti menjadi ejen kepada komuniti peringkat akar umbi kerana tanggungjawab sebegini menuntut mereka tidak leka dengan kisah kejayaan terdahulu.


Beliau memberikan contoh pelaksanaan Undi 18 pada pilihanraya lepas yang telah mengubah demografi dan profil politik tanah air melibatkan golongan lepasan sekolah.


Situasi itu tambahnya, memerlukan belia yang kali pertama menjadi pengundi perlu cakna senario masa depan negara dan memilih wakil rakyat terbaik mengemudi masyarakat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page