top of page

Konsep MADANI memetakan strategi mentadbir negara secara berkesan - Anwar



Konsep Madani biar pun agak rumit dan ilmiah namun apabila diterjemahkan kepada pentadbiran negara maka diharapkan rakyat akan ditingkatkan martabat dan keselesaan hidup mereka.


Hal itu diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Perdana Menteri sempena Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi tadi di Putrajaya.


Menurut Anwar, dalam dunia yang serba tidak menentu ditandai dengan kerumitan, percanggahan, kekacauan dan keserentakan, suatu kerangka strategik yang komprehensif wajar dibangunkan untuk mengemudi negara menempuh zaman yang ditakrifkan sebagai pascanormal dalam pemerintahan Malaysia.


"Berlatarbelakangkan ini, konsep MADANI telah dirangka sebagai ikhtiar kita untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan.


"Negara dan peradaban yang kita citakan, dan akan bangunkan kelak haruslah M.A.D.A.N.I. Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan," katanya.


Khalayak mengikuti ucapan Anwar dalam majlis pelancaran Malaysia Madani menggantikan 'Keluarga Malaysia'

Sebelum itu, dalam ucapannya Anwar mengulas bahawa istilah “Madani” merujuk kepada tatakelola yang adil dan berkesan dalam sejarah umat Islam di Madinah, yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w dan didukung oleh warganya yang berbilang kaum dan agama, iaitu masyarakat yang mengacu pada dasar-dasar manfaat buat warganya yang disebut al-khayr.


"Keunikan fabrik sosial Madinah ditandai dengan Sahifah Madinah yang diungkapkan sebagai “serba terangkum dan sejagat” Sahifah Madinah juga menjadi asas kepada Fiqh al-Muwāanah, tokoh demokrat Islam Rashid al-Ghannouchi dalam tulisan-tulisannya," kata beliau.


Kata Anwar lagi, usul asas yang membingkai demokrasi dan masyarakat madani ialah konsep maruah manusia atau the dignity of man.


Manakala sarjana Barat sering mengaitkan konsep madani dengan humanis Renaissance Itali Pico della Mirandola tetapi hakikatnya konsep tersebut diwacanakan jauh lebih awal oleh ulama terkenal Abbasiyah Ibn Qutaiba dalam Khalq al-Insan atau "Penciptaan Manusia"


Dalam ucapan itu Anwar juga menyentuh mengenai prestasi ekonomi tahun 2022 yang dilihat sebagai memberangsangkan ekoran pembukaan semula ekonomi selaras dengan peralihan fasa endemik Covid-19.


Bagaimanapun menurut beliau, tinjauan ekonomi dunia bagi tahun 2023 masih tidak menentu dan mencabar akibat inflasi global yang melemah pertumbuhan ekonomi.


Beliau berharap konsep MADANI akan memberi jawapan kepada kecemerlangan pentadbiran negara dan mampu mengurangkan impak pergolakan ekonomi dunia ke atas ekonomi Malaysia sepanjang 2023 ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page