top of page

Konsep madani dibincang sejak era empayar Islam silam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 19, 2023
  • 1 min read


Konsep negara madani bukan dibincangkan pada waktu ini tetapi telah dibincang sejak zaman Islam memerintah separuh bahagian dunia kira kira seribu tahun lalu.


Mantan profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Muhammad Nor Manuty berkata ulama salaf pada peringkat awal era empayar Bani Umayyah dan Abbasiyah telah menganggap madani sebagai ilmu ketamadunan dan pembinaan negara Islam.


"Ulama salaf seperti al Farabi berkata madani itu dirujuk sebagai ilmu ketamaduman, peradaban.


"Iaitu pelbagai jenis perlakuan dan cara hidup manusia, mengkaji akhlak manusia dan mahu mencapai kebahagian atau as saadah. Hari ini PBB membuat Happiness Index, mungkin ada kaitan tetapi tidak semestinya sempurna seperti as saadah.


"Bahagian kedua dari makna tamadun itu adalah cara mengatur sistem akhlak, peranan fungsi institusi politik, ketiga program memelihara adab manakala keempat jenis sistem politik," katanya dalam Wacana Membangun Malaysia MADANI, di Putrajaya pagi tadi.


Begitu juga pengkaji ilmu kemanusiaan seperti Ibnu Khaldun, kata Dr Mohammad, telah mengkaji mengenai sikap masyarakat jahiliah di kalangan orang Arab sebelum dan selepas proses ketamadunan berlaku ke atas mereka.


"Saya ingin menyatakan ulama silam seperti ibn Khaldun yang menggunakan dua istilah, penghidupan komuniti Badawah, iaitu masyarakat jahiliah yang duduk di padang pasir, kemudian berhijrah dan membina kota serta bertamadun


"Kedua duanya berkait dengan konsep madani," katanya.


Ulama atau sarjana terkemudian, katanya, seperti Sheikh Muhammad Abduh yang menulis mengenai konsep ketamadunan Islam juga mengesahkan hal ketamadunan telah dibincangkan sejak seribu tahun lampau dalam konsep madani.


Termasuklah ulama kontemporari terkemuka Sheikh Yusuf Qaradawi dalam bukunya Figh Daulah Menurut Perspektif Islam.


Dr Muhammad berkata dalam negara Islam ada konsep madaniah, seperti amalan demokrasi yang mana Qaradawi berkata sistem itu merupakan yang terbaik kerana wujud kebebasan bersuara, cara memilih pemimpin atau tolak pemimpin yang tidak dikehendaki dengan tertib dan aman.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page