top of page

Kongres Wanita KEADILAN fokus kejayaan Kerajaan Madani



Wanita KEADILAN Pusat yang akan mengadakan Kongres Nasional Tahunan Wanita kali ke 17 pada 25 Nov ini bakal memfokus kepada kejayaan Kerajaan Madani sepanjang genap setahun berkuasa.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin, Kongres Nasional Tahunan Wanita yang bertempat di PICC, Putrajaya itu bakal menghimpunkan ribuan anggota wanita dari seluruh negara termasuk termasuk pimpinan cabang serta peringkat pusat.


"Kongres ini medan terbaik untuk menghebahkan kejayaan-kejayaan yang sudah dicapai oleh kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Melalui promosi kejayaan itu, matlamat Wanita KEADILAN adalah untuk memantapkan segala kekuatan yang ada agar kekal istiqamah dalam mempertahankan Kerajaan Perpaduan.


"Bersama paparan kejayaan itu, ucapan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek tentunya amat dinanti-nanti kerana beliau akan menggarap dan merangkum gerak kerja sayap parti agar mampu memberikan unjuran khidmat yang lebih berkesan dalam tahun-tahun seterusnya," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Noraini Nordin

Kata Noraini, tema Kongres Nasional 'Memaknai Reformasi, Menjulang Madani' pula merupakan dua frasa besar dalam memastikan proses pentadbiran di Putrajaya sentiasa berada dalam landasan prinsip perjuangan parti.


"Dengan tema penuh bermakna itu, katanya, pembahas-pembahas yang dipilih dan menyampaikan ucapan diharap mampu memberikan hujah yang tajam dalam membawa suara akar umbi berkait reformasi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan mendepani negara pasca pandemik.


"Dalam waktu yang sama, serangan-serangan suara yang kecewa lantaran tidak berjaya menumbangkan Kerajaan Perpaduan pasti akan semakin bingit dalam minggu ini.


"Mereka akan mencari apa sahaja salah kerajaan, malah yang kecil akan cuba diperbesar-besarkan.


"Namun, pesanan dan saranan saya kepada seluruh jajaran pimpinan agar kekal berjaga jaga di perbatasan perjuangan dan fokus untuk memantapkan lagi kedudukan Wanita KEADILAN melalui Kongres Nasional yang bersejarah ini," katanya lagi.


Noraini berharap kongres kali pertama diadakan pada waktu Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar bergelar Perdana Menteri Malaysia ke 10 akan berjalan lancar pada Sabtu ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page