top of page

Kongres Tahunan KEADILAN lulus usul tangguh pemilihan parti


Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke 15, tengah hari tadi meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penangguhan tersebut menganbil kira keadaan negara yang masih menghadapi pandemik Covid 19 dan sukar untuk mengadakan pemilihan berdasarkan satu anggota satu undi.


"Kongres Tahunan KEADILAN hari ini bersetuju melulus usul penangguhan pemilihan parti dan tempoh memegang jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) serta Jawatankuasa Cabang 2018-2021


"Pemilihan parti lazimnya berlangsung hampir 6 bulan membabitkan peringkat Cabang, AMK, Wanita dan MPP. Ketika tempoh darurat dan PKP 3.0 yg masih berjalan, meneruskan pemilihan dalam tempoh yang panjang akan terdedah kepada risiko Covid 19


"Pemilihan parti ialah sistem satu anggota satu undi yang berjalan secara himpunan fizikal. KEADILAN sekarang mempunyai keanggotaan sebesar 1,033,000 ahli yang jika 30% sekalipun yang keluar mengundi akan terdedah kepada risiko Covid 19 yang amat membahayakan.


"Pelaksanaan vaksinasi yang amat rendah di seluruh negara juga tidak memungkinkan KEADILAN mengambil risiko menjalankan pemilihan parti," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Saifuddin lagi, penangguhan pemilihan dibolehkan mengikut fasal 47.3 perlembagaan parti namun tidak boleh melepasi tempoh 18 bulan dari tempoh tamat pemilihan lepas dan pegangan jawatan.


"Suatu tarikh pemilihan akan ditetapkan oleh MPP kemudian nanti.


"Dengan mengambil kira semua faktor di atas, MPP KEADILAN terus komited memberi keutamaan kepada usaha mengatasi pandemik Covid 19, membela rakyat yang teruk terkesan, pemulihan ekonomi negara dan pelaksanaan program vaksinasi yang lebih berkesan dan menyeluruh," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page