top of page

Kongres Tahunan KEADILAN ditangguhkan, Saifuddin, Dr Zaliha Naib Presiden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 6
  • 1 min read

Kongres Tahunan KEADILAN yang dijadualkan akan berlangsung pada 26 hingga 28 Jun ini ditangguhkan.


Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN memutuskan untuk menangguhkan kongres tahunan itu ke tarikh baharu bagi memberi fokus kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, kongres sebaliknya akan diadakan pada 14 hingga 16 Ogos 2026.


"Kongres Tahunan KEADILAN yang pada awalnya dijadualkan pada 26 hingga 28 Jun telah ditangguhkan ke 14 hingga 16 Ogos 2026, manakala lokasinya dikekalkan di MITC, Ayer Keroh," katanya dalam kenyataan.


Beliau menjelaskan penangguhan itu dibuat agar tidak mengganggu kesiapsiagaan jentera kempen menghadapi PRN yang bakal berlangsung selewat lewatnya pada Julai.


"Penangguhan ini dibuat bagi memberi ruang khususnya kepada KEADILAN Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiap siagaan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung," ujarnya.


Dalam perkembangan sama, Fahmi memaklumkan Biro Politik turut meluluskan pelantikan dua pemimpin sebagai Naib Presiden KEADILAN.


Mereka ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


"Pelantikan ini dibuat bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat," kata Fahmi lagi.

1 Comment


bros football
bros football
Jun 06

The gradual learning curve of PolyTrack makes improvement feel rewarding without becoming overwhelming.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page