top of page

Kongres Nasional Tahunan 2023, kali pertama selepas kerajaan dibentuk

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 22, 2023
  • 2 min read


Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023 yang bakal diadakan pada 25 dan 26 November 2023 di Putrajaya International Convention Centre, Putrajaya merupakan kongres kali pertama selepas KEADILAN mengetuai Kerajaan Perpaduan melalui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, acara kali ini akan dimulakan pada 25 Nov dengan Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN dan Kongres Nasional Wanita KEADILAN yang diadakan pada sebelah pagi dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.30 petang.


"Di sebelah malamnya, iaitu bermula jam 9.00 acara kongres Nasional KEADILAN peringkat pusat akan dibuka dengan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus majlis perasmian Kongres Nasional.


"Ini adalah kongres tahunan pertama yang akan dihadiri oleh sidang perwakilan dari seluruh negara selepas setahun KEADILAN bersama-sama dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.


"Sudah tentu kongres akan dimeriahkan dengan kehadiran perwakilan seramai 2,374 orang dan pemerhati 1,500 orang, dari Sabah hingga Perlis," katanya dalam kenyataan pagi ini.


Tema kongres pula ialah "Memaknai Reformasi, Menjulang Madani" yang menurut Saifuddin menjurus kepada perbincangan hal hal berkaitan kemakmuran ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial, tatakelola pentadbiran yang baik dan kestabilan politik bakal dikupas oleh para perwakilan yang berbahas.


"Sudah tentu isu utama berhubung kos sara hidup, isu perpaduan dan 3R, isu rasuah dan penyelewengan kuasa antara topik yang akan dipilih oleh para pembahas kita.


"Pembahas-pembahas akan diberikan kebebasan untuk berbahas, memberikan nasihat, mengkritik serta melontarkan idea kepada barisan pimpinan yang kemudiannya akan dijadikan panduan dan iltizam pimpinan ke arah yang lebih baik," katanya.


Sesuai dengan kedudukan KEADILAN sebagai parti tunjang kerajaan, kata Saifuddin lagi, kongres akan turut dihadiri pimpinan utama dari parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan selain turut menerima kehadiran dari 50 kedutaan asing.


KEADILAN juga, katanya akan menegaskan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam kongres berkenaan.


"Melalui kongres ini KEADILAN akan sekali lagi menegaskan mesej dan pendirian parti terhadap isu kemanusiaan yang berlaku sejak berlakunya kemelut Palestin dan negara haram Israel.


"KEADILAN akan mengadakan slot khas untuk memperingati mangsa-mangsa kekejaman Israel di dalam kongres pada 25 November 2023," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page