top of page

Kongres Nasional KEADILAN ke 16 ditunda ke 16 Julai



Kongres Nasional KEADILAN yang dijadualkan pada 24 - 25 Jun ini secara rasminya ditunda ke tarikh 16 -17 Julai 2022


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail keputusan tersebut dibuat setelah mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN malam tadi mendengar syor yang diberikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berkenaan permasalahan pemilihan pada kali ini.


"MPP KEADILAN meneliti beberapa dapatan dan syor yang dibentang JPP berhubung proses aduan terutama bagi Pemilihan KEADILAN 2022.


"Setelah meneliti dan memberi pertimbangan kepada pembentangan ini, dengan mengambil kira tempoh masa yang diperlukan untuk JPP mengurus dan menyelesaikan beberapa perkara yang telah dibangkitkan serta untuk memberi masa yang mencukupi kepada kepimpinan Cabang yang baharu untuk membuat beberapa pelantikan, MPP telah memutuskan bahawa tarikh baharu bagi Kongres Nasional ke 16 ialah pada 16 -17 Julai di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor," katanya.


Manakala Kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat dan Wanita KEADILAN Pusat pula akan diadakan sehari sebelum itu.


"Kongres AMK Pusat serta Kongres Wanita KEADILAN Pusat akan diadakan serentak pada 15 Julai 2022 di IDCC, Shah Alam, Selangor," kata Saifuddin lagi.

1 comment

Recent Posts

See All

1 commento


dr.elahngovean.46
10 giu 2022

Jangan buang masa dgn , isu yang tak bagi apa-apa kebaikan kpd Parti.Bilalah u orang ini nak jumpa rakyat dan memberi kepercayaan kpd rakyat supaya rakyat mengundi PH /PKR di PRU 15.Jangan macam orang bodoh , dengar cakap orang bodoh seperti farhash yang boleh hancurkan parti.Kenapalah DSAI dan Saifuddiin kebelakangan ini tak begitu bijak untuk meneliti masalah yang dihadapi oleh parti disebabkan pemimpin bodoh farhash dan konco- konconya. Selepas Rafizi distiharkan menang jawatan TP, semangat di kalangan penyokong PKR dan PH bertambah baik .Dengan langkah Rafizi seperti Ayuh Malaysia , sudah hampir memberi keyakinan kpd pengundi atas pagar utk mengunfi balik PH . Tolong jangan binasakan strategi RR dengan bersengkongkol dgn orang bodoh seperti Farhash.

Mi piace

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page