top of page

Kongres Nasional AMK lulus 7 usul

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jun 5, 2021
1 min read

Meski pun tidak bersidang di dalam dewan dan diadakan secara maya, Kongres Nasional Angkatan Muda KEADILAN 2020 berjaya meluluskan 7 usul pada petang ini untuk dibawa ke Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2020.


Usul-usul tersebut diundi melalui aplikasi zoom daripada kesemua perwakilan yang mengikuti perbahasan secara langsung tersebut


Usul yang diluluskan adalah, Mengangkat lebih ramai anak muda AMK untuk calon PRU 15; Pentadbiran negara semakin bercelaru, Parlimen perlu segera dibuka; Ekonomi anak muda semakin gawat, selesaikan isu penganguran; Demi mengangkat perjuangan rakyat AMK konsisten perjuangkan Datuk Seri Anwar sebagai calon PM; Rakyat terhimpit beban sara hidup kerajaan perlu salur lebih dana untuk membantu; Mengangkat suara anak muda laksanakan undi 18 sekarang dan Memastikan kesepakatan Pakatan Harapan antara KEADILAN, Amanah dan DAP.


Sesi pengundian berjaya dilaksanakan dengan lancar oleh Timbalan Pengerusi tetap saudara Wan Mohd Shahrizal

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page