top of page

Kongres: Mewah, selesa seru tingkatkan kualiti perbahasan



Oleh: Abdullah Zaid


Kongres Nasional Keadilan dimulai dengan peringatan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli yang menyeru agar perbahasan yang dibentangkan nanti berkualiti selaras dengan kemudahan fasiliti yang dianjurkan.


Hal itu, katanya,berbanding dahulu, konvensyen Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berlangsung dengan penuh selesa dan mewah sejak parti reformasi tersebut ditubuhkan.


“Berbanding dahulu, kongres kali ini (2023) adalah paling gempak dan selesa dalam sejarah parti dengan tempat yang sudah cantik dan selesa.


“Justeru, saya harap agar perbahasan dan kupasan sama taraf dengan tempat ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Kongres Wanita dan Angkata Muda Keadilan, hari ini.


Jelasnya, berbanding dahulu, Rafizi menyaksikan sendiri perubahan yang berlaku dalam melakar perjuangan 24 tahun itu.


"Saya pernah menjadi Bendahari sewaktu zaman AMK dahulu jadi saya tahu betapa sengkek parti pada ketika itu.


"Jika kongres (diadakan di PICC) dibuat saya pasti akan ada yang protes kerana takut habis duit dan lebih baik wang itu dijimatkan untuk mengerakkan parti," ujarnya.


Justeru itu, dalam misi memenangkan parti, Rafizi menyeru agar peranan jentera KEADILAN dimantapkan lagi untuk menarik sokongan rakyat terutamanya pengundi muda.


"Tugas kita ialah menyelaraskan lambakan bakat sayap Wanita dan AMK supaya dapat melahirkan tokoh-tokoh yang boleh beri kesan kepada rakyat dan menyelesaikan cabaran semasa," jelasnya.


Seramai 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati dijangka akan membanjiri Kongres Nasional KEADILAN yang bertemakan 'Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berlangsung hari ini dan esok.


Kongres ulung itu akan disusuli dengan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Nasional Wanita pada 10 pagi ini.


Seterusnya, ucapan dasar oleh Presiden KEADILAN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan bermula pada 9 malam nanti.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page