top of page

Kongres Nasional medan kukuhkan kekuatan, kembali gilap idealisme perjuangan - Anwar



Kongres Nasional KEADILAN kali ke 16 yang bermula esok diharap akan kembali menggilap kekuatan dan idealisme parti.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan alu aluannya petang tadi berharap semoga kongres kelak akan memberi semangat baharu kepada anggota dalam menggalas perjuangan mengangkat martabat rakyat.


"Rakan pimpinan, perwakilan dan pemerhati, seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Wanita, tokoh lama dan baharu saya sambut kehadiran saudara dalam kongres.


"Mudah mudahan kongres ini menjadi medan untuk kukuhkan, merangkul kekuatan dalam parti dan kembali menggilap idealisme perjuangan. Bahawa kita tegak atas prinsip perjuangan menolak rasuah dan penyelewengan serta mengangkat martabat rakyat," katanya dalam siaran media.


Tegas Anwar, kongres pada waktu rakyat tertekan sewajarnya menyedarkan anggota parti untuk melipatgandakan usaha bagi menumbangkan rejim BN - PN yang zalim dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


"Kita bersidang dalam keadaan rakyat, terutama yang miskin terus terkesan menderita akibat kos sara hidup tinggi. Jadi jangan kita sia siakan amanah mereka


"Soal kedudukan, kepentingan (dalam parti) itu tidak boleh mengatasi tanggungjawab utama kita iaitu mendepani dan mengemukakan masalah rakyat," katanya.


Mengenai pemilihan parti yang dilanda kritikan terutama mengenai hal hal sistem Pengundian Atas Talian dan fizikal serta keputusan yang berubah pada saat akhir, Anwar menegaskan proses yang dilalui adalah demokratik dan mandat dari anggota telah jelas diperolehi.


"Kita baru selesai pemilihan parti, pemilihan melalui proses demokratik. Tidak semuanya sempurna tetapi mandat itu jelas


"Bahawa parti mahu mengangkat rakan rakan yang boleh membantu menjana perubahan, menjana islah untuk kita semua. Untuk bersatu dalam satu pasukan baharu, untuk kita perkuatkan dan kita siapkan jentera.


"Dan kita hadapi PRU dengan seluruh kekuatan supaya kita dalam KEADILAN dan Pakatan Harapan dapat mengalahkan kelompok yang korup, rasuah dan zalim," katanya lagi.


Perwakilan ke kongres ketika ini telah pun tiba di Shah Alam untuk menghadiri majlis pembukaan kongres AMK dan Wanita KEADILAN esok hari, dan seterusnya Kongres Nasional pada Sabtu dan Ahad di dewan utama IDCC.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page