
Kongres Generasi Keadilan yang dianjurkan hari ini untuk mengeratkan hubungan silaturahmi antara sesama anggota KEADILAN terutama generasi awal dan generasi terkini pejuang menentang kezaliman pemerintah.
Menurut pengasas Generasi Keadilan, Yusmadi Yusoff, program yang dianjurkan itu diharap akan dapat mencambahkan idea dalam kalangan ahli pertubuhan bagi menguatkan lagi parti pada masa hadapan.
"Program ini bertujuan menjalinkan silaturahim sesama generasi KEADILAN sejak awal gerakan reformasi, sekurang kurangnya ada 3 generasi. Generasi pertama, kedua dan ketiga. Jadi kita nak menjalinkan hubungan silaturahim sesama generasi
"Kita nak menggalakkan rakan rakan dari seluruh Malaysia untuk mencambah pemikiran," katanya.
Mantan Ahli Parlimen Balik Pulau itu yakin selepas kongres tersebut, KEADILAN akan menjadi lebih mantap terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.
"InshaAllah kita akan memulakan momentum baharu gelombang Reformasi selepas ini," katanya lagi.