top of page

Kongres Ekonomi Bumiputera harap dapat kerjasama dari Cina, India



Penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang bakal berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac depan diharap akan mendapat kerjasama daripada etnik Cina dan India dalam usaha menangani kemiskinan.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam ucap tama pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Lumpur, hari ini.


Katanya, beliau akan mengundang pemimpin dewan perniagaan yang mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India pada minggu depan untuk memberi pandangan dan input berhubung perkara itu supaya KEB 2024 tidak dianggap sebagai eksklusif.


"Ia (KEB 2024) masih menekankan masalah yang dihadapi oleh Bumiputera..tetapi pendekatan selaras dengan negara MADANI harus lebih inklusif.


"Pendekatan inklusif maknanya dalam membicarakan ekonomi Bumiputera, ada isu seperti perusahaan kecil dan sederhana (SME) atau kelompok India miskin akan kita tangani bersama," katanya dipetik Bernama.


Dalam masa sama, PM juga memberi jaminan bahawa kerajaan komited meneruskan program membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.


Selain beliau berpuas hati program pembasmian miskin tegar di tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan telah mencapai status 100 peratus berjaya.


"Bila kita bicara kemiskinan Bumiputera, kalau ada kelompok tertentu.... Cina miskin atau India di estet yang miskin, kita mesti tangani dan selesaikan sebagai satu program nasional.


"Begitu juga peluang perniagaan, peniaga kecil Bumiputera, peluang bagi orang India, peniaga kecil masyarakat Cina.. itu kita harus tumpu sebagai program dan agenda nasional," kata PM lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page