top of page

Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 jadi platform lonjak sosioekonomi



Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang bakal berlangsung minggu ini menjadi antara agenda penting Kerajaan Perpaduan untuk merombak serta melonjak pembangunan sosioekonomi bumiputera secara menyeluruh.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, pentadbiranya berharap kongres itu akan menjadi titik tolak supaya sosioekonomi bumiputera di negara ini berkembang maju secara progresif dan inovatif.


"Menjadi harapan kerajaan supaya kongres ini berjaya mengumpul idea-idea bernas dan menjadi titik tolak kepada perencanaan Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang," katanya.


Terdahulu pada Isnin, Anwar hadir mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera.


Mesyuarat itu bagi membincangkan dengan teliti kerangka perjalanan KEB 2024.


"Selari dengan konsep dasar dan penyertaan yang merentasi dimensi kaum, mesyuarat hari ini turut mendengar pandangan daripada wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India dan juga Bumiputera Sabah dan Sarawak," tambahnya.


KEB 2024 dijadualkan berlangsung dari 29 Februari hingga 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Ia dijangka akan menjadi platform mencungkil potensi teknologi dan peluang baharu bidang ekonomi bagi memperkasakan bumiputera di negara ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page