top of page

Kongres di tampuk kuasa: Parti berbilang kaum tadbir negara



Kongres Nasional KEADILAN pada 25 dan 26 November ini mencatat sejarah tersendiri apabila diadakan buat pertama kali dalam keadaan KEADILAN menerajui pemerintahan Malaysia melalui Perdana Menteri (PM) ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kongres kali ini begitu bermakna kepada imej parti berbilang kaum seperti KEADILAN yang buat pertama kalinya diterima memimpin negara yang sarat dengan pertentangan perkauman sejak 60 tahun merdeka.


"Seingat saya, dalam tempoh hampir 25 tahun umur parti inilah kali pertama Kongres Nasionalnya diadakan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.


"Ini memberi petunjuk yang bermakna bahawa parti KEADILAN yang lahir, membesar dan mendewasa hampir suku abad ini, kini sedang berada di kemuncak kuasa apabila parti ini bersama-sama parti lain berjaya membentuk sebuah Kerajaan dengan Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 10 Kerajaan Persekutuan.


"Ini juga buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, seorang presiden sebuah parti pelbagai kaum dan pelbagai agama iaitu KEADILAN berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Hassan dalam pada itu mengimbau sejarah Anwar yang penuh liku mendaki dan menurun untuk menjadi orang nombor satu dalam politik Malaysia.


Katanya, Anwar yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO dari tahun 1993 hingga 1998 tidak berjaya melangkah setapak ke atas menjadi PM apabila dipecat dari jawatan Timbalan PM oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1998.


Namun hampir 25 tahun kemudian iaitu pada 24 November 2022, Anwar berjaya menjadi PM dan akan meraikan ulang tahun pertama jawatannya pada Sabtu ini.


"Jadi Kongres Nasional KEADILAN pada Sabtu di Putrajaya adalah satu perjalanan panjang atau "Long March" yang menjadi bukti bahawa hanya parti politik yang mempunyai teras matlamat perjuangan yang jelas disokong oleh semangat gigih, cekal, tabah dan berazam keras sahaja akan berjaya. Dan Parti Keadilan Rakyat telah pun membuktikannya," kata beliau.


Bagaimanapun, tegas Hassan, kongres yang diadakan genap setahun Kerajaan Perpaduan memerintah itu bukanlah semata mata untuk berpesta meraikan kejayaan, sebaliknya untuk mengenalpasti cabaran berat yang menanti KEADILAN dan rakan komponen lain menakhodai kerajaan yang masih belum bebas daripada daulah terpendam, korupsi serta cabaran membabitkan isu perkauman, raja dan agama sempit.


"Terdapat cabaran sangat besar sedang dipikul oleh seluruh kepimpinan parti KEADILAN dan anggotanya. Tanggungjawab untuk menjadi sebuah kerajaan yang berjaya tidak terletak di atas bahu PM Anwar Ibrahim seorang diri sahaja.


"Berjaya menjadi kerajaan di Putrajaya bukanlah satu titik akhir bagi perjuangan KEADILAN. Sebaliknya ia adalah satu titik permulaan satu perjuangan politik yang memasuki satu fasa baharu, untuk melaksanakan segala janji dan segala manifesto yang telah dideklarasikan kepada rakyat sepanjang tempoh perjuangan selama ini," kata Hassan lagi.


Belau berharap kongres kali ini akan menemui solusi bagi memantapkan KEADILAN dan pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Putrajaya untuk lebih memberi kenikmatan hidup kepada rakyat yang telah berdekad menghadapi adu domba politik yang tidak menguntungkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page