top of page

Kongres AMK, Wanita, KEADILAN diselaraskan 21 - 24 Mei - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 6
  • 1 min read


Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025, termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita telah diselaraskan semula selama empat hari.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh penyelarasan semula itu tidak dapat dielakkan berikutan jadual ketat Presiden KEADILAN, juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa menyambut kehadiran ketua negara ASEAN.


"Penyelarasan semula tarikh ini berikutan Presiden yang merupakan Perdana Menteri Malaysia perlu menunaikan urusan rasmi negara iaitu menyambut Ketua Negara ASEAN yang dijangka tiba di Malaysia pada 25 Mei 2025.


"KEADILAN menzahirkan penghargaan di atas kefahaman dan sokongan semua pihak terhadap penyelarasan ini demi kelancaran penganjuran kongres parti yang amat penting ini," katanya dalam kenyataan petang tadi.


Tarikh baharu kongres, kata Dr Fuziah, dipercepatkan sehari iaitu pada 21 Mei (Rabu) dengan perasmian bersama Kongres Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Kongres Wanita KEADILAN.


Pada 22 Mei (Khamis) diadakan Kongres Nasional AMK dan Wanita sepenuhnya.


Pada 23 Mei (Jumaat) pula dilangsungkan Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025.


Manakala Kongres Nasional KEADILAN 2024/2025 berlangsung pada 24 Mei (Sabtu).


"Segala persiapan yang melibatkan perwakilan, logistik, dan pelaksanaan akan diselaraskan semula mengikut ketetapan tarikh yang terkini.


"KEADILAN menyeru semua pihak yang terlibat agar mengambil maklum akan perubahan ini dan melakukan penyesuaian sewajarnya," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page