top of page

Konflik Iran-Israel: Kepentingan Malaysia jadi matlamat utama - PM



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan akan terus memantau perkembangan konflik di Asia Barat, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Melalui satu kenyataan di Facebook, Anwar berkata, kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama dan pentadbirannya akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa terjamin.


Pendirian itu dinyatakan Anwar susulan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara dipengerusikannya pada Isnin bagi berbincang lanjut situasi tegang susulan serangan Iran terhadap rejim Israel pada awal pagi Ahad.


"Mengambil kira perbincangan yang telah diadakan semalam (Ahad), mesyuarat yang diadakan dua hari berturut-turut termasuk hari ini, menunjukkan perhatian serius kerajaan MADANI terhadap isu Asia Barat, selain usaha yang diambil untuk memastikan Malaysia dan rakyatnya tidak terjejas oleh situasi terbabit," kata kenyataan itu.


Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan pegawai-pegawai kanan kerajaan lain.


Sejak awal bulan lalu, pihak berkuasa Iran telah berulang kali memberi amaran mahu 'menghukum' rejim Zionis kerana membunuh tujuh anggota Tentera Revolusi Iran termasuk dua jeneral unit elit Quds ketika ia melancarkan serangan ke atas konsulat Iran di Damsyik.


Beberapa pakar percaya serangan dron pada skala besar itu selain sebagai serangan balas atas kebiadapan Israel dianggap isyarat kepada kerajaan haram itu bahawa Iran boleh menggunakan keupayaan berbeza dalam taktik mereka.


Sementara itu dalam perkembangan sama, Anwar berkata Malaysia bersama negara-negara bertamadun lain, menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan keadaan tegang di Asia Barat.


"Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk. Pelancaran dron-dron oleh Iran adalah tindakan yang sah, berikutan serangan biadab oleh rejim Zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik.


"Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa-apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page