top of page

Konflik Iran-Israel: AMK sokong pendirian tegas PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 25
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten memperjuangkan prinsip keadilan, hak asasi manusia dan kedaulatan dalam isu konflik di Timur Tengah.


Ketua Biro Hubungan Antarabangsa AMK, Arief Jefferi, berkata pihaknya memandang serius peningkatan ketegangan di rantau tersebut, khususnya tindakan provokatif dan ganas rejim Israel ke atas negara-negara lain termasuk Iran serta kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestin.

Arief Jefferi
Arief Jefferi

"Israel mesti dihentikan daripada meneruskan tindakan agresif dan provokasi mereka.


"Masyarakat antarabangsa, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mesti mengambil tindakan segera dan tegas terhadap keganasan yang dilakukan rejim Zionis," tegasnya dalam kenyataan.


Anwar pada Ahad menegaskan, bahawa perdamaian di Timur Tengah hanya akan tercapai jika Israel ditekan untuk menghentikan tindakan provokatif dan keganasannya yang mengundang tindak balas daripada pihak seperti Iran.


Sementara itu, Arief menerusi kenyataanya berkongsikan kebimbangan terhadap langkah penutupan Selat Hormuz yang baru-baru ini diluluskan Parlimen Iran.


Tindakan itu jelasnya berpotensi mencetuskan kesan ekonomi global yang lebih besar dan membuka ruang campur tangan kuasa besar seperti Amerika Syarikat.


"Malaysia mesti terus bersuara lantang memperjuangkan keadilan. Prinsip dan pendirian kita di pentas antarabangsa perlu jelas serta konsisten membela hak rakyat yang tertindas," tegasnya.


Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk bersama memperjuangkan keamanan sejagat dan menolak segala bentuk penjajahan, kezaliman serta ketidakadilan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page