top of page

Konflik Asia Barat: Bank Negara pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur



Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk menggunakan instrumen yang ada bagi memastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi secara cekap dalam keadaan ketegangan geopolitik yang berterusan.


BNM dalam kenyataan berkata, bank pusat itu akan terus memantau keadaan pasaran kewangan dengan teliti dan menguruskan sebarang risiko yang berpunca daripada volatiliti pasaran kewangan.


"BNM telah mengadakan sesi libat urus dengan peserta pasaran kewangan, termasuk ketua operasi perbendaharaan yang bersetuju bahawa sebarang ketidakpastian akan berkurang dan menjadi stabil apabila keadaan ketegangan geopolitik semakin reda," kata bank pusat itu dalam kenyataan hari ini.


Bank pusat itu mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa kerajaan sedang memantau rapat perkembangan konflik di Timur Tengah dan juga keadaan pasaran kewangan, termasuk kesan yang berpotensi terhadap Malaysia.


"Kerajaan akan bertindak dengan bijak untuk memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.


Semalam Wisma Putra berkata Malaysia berharap pihak terbabit dalam ketegangan di Asia Barat agar dapat meredakan suasana susulan serangan ratusan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel sebagai tindak balas atas pengeboman terhadap bangunan konsulat republik itu di Syiria sebelum ini.


Bank Negara berkata, operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.


"Hal ini disokong oleh inisiatif berterusan yang sedang dilaksanakan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat korporat dan pengeksport untuk terus membawa masuk aliran dan mudah tunai ke dalam pasaran pertukaran asing," tambah bank pusat tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page