top of page

Komuniti India jangan terjerat janji bulan bintang PN di KKB



Pengundi masyarakat India di Kuala Kubu Bharu (KKB) digesa membuat pilihan yang menguntungkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) KKB pada 11 Mei ini.


Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadaraja berkata, adalah penting untuk menentukan dan menjamin masa depan mereka berbanding mencuba parti yang tidak jelas pembelaan kepada masyarakat India.


Beliau menegaskan, pihaknya tidak mahu pengundi masyarakat India menyesal dengan mengundi pihak yang salah dan tidak mampu menjamin kesejahteraan mereka.


"Pengundi di KKB khususnya komuniti India yang mewakili 18% daripada keseluruhan jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi kali ini wajar berfikir secara rasional.


"Perikatan Nasional (PN) sentiasa memainkan sandiwara agama demi meraih undi, namun apa yang lakukan untuk kesejahteraan mereka ketika mereka berkuasa.


"Selepas hilang kuasa peringkat pusat kini mereka mempengaruhi pihak tertentu yang tidak lagi berkuasa untuk mengelirukan rakyat, saya minta pengundi India jangan sesekali memberi ruang kepada mereka mempengaruhi minda anda," katanya dipetik.


Pada masa yang sama, Dr Sathia Prakash menjelaskan Selangor merupakan satu-satunya Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Perpaduan yang memberikan bantuan paling banyak kepada semua lapisan masyarakat termasuk masyarakat India.


Katanya, inisiatif kerajaan negeri itu yang disediakan khusus untuk masyrakat India adalah antaranya bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-SEED), bantuan kepada sekolah Tamil, kuih dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE).


"Ibarat sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, jangan sesekali mensia-siakan undi anda yang sangat bernilai itu dengan terjerat dalam janji manis, bulan bintang dan memangkah PN yang belum tentu suara anda boleh didengar atau dibela mereka.


"Di bawah Kerajaan Perpaduan Madani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha gigih untuk membela dan menyelesaikan permasalahan masyarakat India yang pasti akan memakan sedikit masa membawa perubahan itu," katanya sambil melahirkan keyakinan bahawa masyarakat itu akan memberi sokongan mereka kepada calon mewakili Kerajaan Perpaduan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page