top of page

Komuniti India diperluas akses pembiayaan, pendidikan, keusahawanan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 3 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar mempengerusikan sesi dialog khas bersama pimpinan masyarakat India di pejabat Perdana Menteri
DS Anwar mempengerusikan sesi dialog khas bersama pimpinan masyarakat India di pejabat Perdana Menteri

Kerajaan MADANI komited memperluas akses pembiayaan, pendidikan dan keusahawanan agar komuniti India di negara ini tidak terus terpinggir.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala kelompongan yang masih wujud termasuk berkaitan kemiskinan, kewarganegaraan dan akses kepada bantuan perlu ditangani segera dan berkesan.


"Saya tegaskan bahawa masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan. Kerajaan MADANI akan terus memperluas akses pembiayaan kepada usahawan, memperkukuh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan memperkasa latihan keusahawanan dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


"Pada masa sama, lebih banyak ruang pembangunan belia akan dibuka menerusi program mentor-mentee.

"Kementerian dan agensi berkaitan perlu memperkukuh sinergi dan memperkemas penyampaian supaya setiap peruntukan serta dasar yang digerakkan benar-benar sampai kepada sasaran dan membawa perubahan yang nyata dalam kehidupan rakyat," katanya.


Pendirian itu dinyatakan Anwar menerusi satu hantaran di Facebook selepas hadir sesi dialog khas bersama pimpinan masyarakat India pada Khamis.


Beliau yang juga Presiden KEADILAN berkata, sesi tersebut bagi meneliti kemajuan pelaksanaan agenda Kerajaan MADANI, di samping mendengar pandangan serta keresahan yang masih membelenggu komuniti ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page