top of page

Komposisi baharu Biro Politik KEADILAN percepat reformasi pentadbiran negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 59 minutes ago
  • 2 min read

Pelantikan komposisi baharu Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dijangka memberi kesan segera terhadap tadbir urus kerajaan serta mempercepat pelaksanaan reformasi pentadbiran negara.


Naib Ketua Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean (gambar), berkata keputusan MPP semalam mencerminkan langkah strategik parti dalam memperkukuh keselarasan antara hala tuju politik dan pelaksanaan dasar di peringkat pentadbiran.


"Saya menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang melantik beberapa tokoh berpengalaman dan kepimpinan baharu ke dalam Biro Politik serta Majlis Pimpinan Pusat parti.


"Langkah ini dijangka memberi impak segera kepada tadbir urus kerajaan, dengan memperkukuh keselarasan antara hala tuju parti dan pelaksanaan dasar di peringkat pentadbiran," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, gabungan kepakaran dalam bidang ekonomi, sosial dan pentadbiran awam akan mempercepatkan agenda reformasi KEADILAN agar dapat diterjemahkan secara lebih tersusun dan berkesan demi kepentingan rakyat.


"Gabungan pengalaman ini akan meningkatkan keberkesanan penyampaian dasar serta memastikan agenda reformasi KEADILAN diterjemahkan secara lebih tersusun dan berkesan demi kepentingan rakyat," ujarnya.


Tambah Ker Chean, pelantikan tersebut juga mencerminkan komitmen KEADILAN sebagai parti reformasi yang mengamalkan pendekatan inklusif dengan memberi ruang kepada muka baharu dan tokoh berkaliber untuk menyumbang kepakaran.


"Pendekatan inklusif ini bukan sahaja menyegarkan kepimpinan, malah memastikan KEADILAN kekal relevan, dinamik dan berpaksikan keupayaan sebenar, bukan semata-mata latar belakang politik," katanya.


Tambah beliau, penglibatan tokoh yang pernah dan sedang memikul amanah pentadbiran akan turut memberi nilai tambah kepada parti dalam merangka dasar yang realistik, praktikal dan berteraskan kepentingan rakyat.


Beliau yakin penyusunan kepimpinan baharu tersebut bakal memperkukuh jentera parti serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap KEADILAN sebagai wadah politik yang matang dan bersedia memimpin negara dengan lebih adil dan berintegriti.


"Saya yakin langkah ini akan mempererat sinergi antara parti dan kerajaan, serta mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap KEADILAN sebagai parti yang benar-benar bersedia memimpin Malaysia secara berprinsip dan berintegriti," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page