top of page

Komposer daif, Menteri Komunikasi hulur peluang kedua

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 12, 2024
  • 2 min read

ree

Komposer terkenal Ross Ariffin (gambar atas, kanan) dan namanya pernah menjadi sebutan peminat seni muzik tanah air kerana mencipta lagu lagu terbaik dan dinyanyikan oleh artis popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Jacklyn Victor dan Fauziah Latiff kini diberi peluang kedua untuk berkarya.


Hal itu setelah Menteri Komunikai, Fahmi Fadzil yang juga seorang pencinta seni menjejak Ross yang mengalami pelbagai penderitaan setelah tidak lagi berada dalam dunia muzik dan hidup penuh kemiskinan.


Menurut Fahmi, beliau terbaca mengenai kisah Ross Ariffin menjadi gelandangan di media sosial dan terpanggil untuk menzirahi pemuzik itu yang sebeum ini dibantu oleh kerajaan Melaka.


"Dengan nada percakapan yang tersekat-sekat akibat pernah mengalami serangan strok sebanyak dua kali, tangan Ross juga pernah patah dan masih tak sembuh.


"Kesengsaraan beliau sebagai gelandangan hingga ke tahap jatuh menggigil dan pengsan akibat berada di tengah hujan terlalu lama. Beliau sendiri menjangkakan hayatnya akan berakhir di situ. Namun, Allah SWT juga yang merencanakan segalanya.


"Keesokan hari beliau terjaga, bangun dalam keadaan yang sangat lemah dan kesunyian di hospital. Beliau berada di hospital sehingga Datuk Zainal menerima berita bahawa dia sedang terlantar di hospital.


"Datuk Zainal menghubungi Exco Kebudayaan Negeri Melaka, YB Abdul Razak Abdul Rahman dan meminta bantuan tempat perlindungan sementara. Ross akhirnya tidak perlu di jalanan lagi dan ditempatkan di tempat tinggal sementara. Terima kasih Kerajaan Melaka atas keprihatinan," kata Fahmi dalam catatan di Facebook beliau.


ree
Seorang komposer lagenda, bersama Menteri pencinta seni

Dalam pertemuan bersama pemuzik itu kemudiannya, Fahmi mengesan keinginan Ross untuk kembali berkarya dan beliau akhirnya berbincang bersama Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa bagi menyediakan kediaman di Kuala Lumpur serta meminta pihak RTM untuk bekerjasama dengan Ross dalam mencipta lagu lagu baharu untuk agensi penyiaran tersebut.


"Saya berbincang dengan pihak RTM supaya Ross dapat bekerjasama dalam penciptaan lagu baharu bersama RTM supaya dia dapat bangkit semula.


"Kami bertemu Pengarah Muzik, Datuk Mokhzani untuk merancang penerbitan lagu baharu yang boleh beliau gubah. Ross nampak begitu bersemangat untuk kembali berkarya.


"Buat pertama kali selepas 3 tahun menjadi gelandangan, Ross berpeluang duduk di depan sebuah Grand Piano dan jari-jemarinya terus lincah meneroka papan kekunci. Saya sendiri berasa terharu melihat seorang komposer legenda melepaskan rindu bermain alat muzik.


"Selagi mana saya berperanan sebagai Menteri dan Kerajaan Madani masih mentadbir, percayalah bahawa kami akan berusaha sedaya upaya buat para seniman," katanya lagi.


Selepas 3 tahun menjadi gelandangan, kata Fahmi, Ross memerlukan bantuan orang ramai untuk kembali pulih dalam kehidupan berkaryanya.


Peminat muzik tanah air yang ingin membantu boleh menderma di akaun Akaun BSN: 0410041100013234, Roslan Ariffin Bin Jamil.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page