top of page

Komponen Kerajaan Perpaduan sepakat tumpu perkasa ekonomi



Semua 19 parti dalam Kerajaan Perpaduan mencapai kesepakat untuk Malaysia terus menumpukan perhatian kepada soal pemerkasaan ekonomi dan pelaburan.


Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana, Putrajaya, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebook malam tadi, berkata langkah memperkasa ekonomi dan pelaburan itu penting bagi memastikan kehidupan rakyat akan lebih makmur dan sejahtera.


Selain itu, semua parti dalam kerajaan turut komited dan beriltizam untuk memastikan negara terus stabil bagi meraih kepercayaan tinggi pelabur luar untuk datang ke Malaysia.


"Malaysia mesti terus mempertahankan identiti kemajmukan yang berteraskan negara bangsa yang progresif dan sederhana, bebas daripada sebarang anasir ekstremis yang mempolemikkan agama serta bangsa secara jumud yang memudaratkan," katanya.


Asyraf Wajdi dalam hantaran sama turut memaklumkan, Sekretariat Kerajaan Perpaduan diberikan tanggungjawab untuk merencanakan program yang dapat memperkukuh lagi hubungan dan keserasian jitu seluruh warga parti Kerajaan Perpaduan hingga ke peringkat akar umbi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page