top of page

Kompleks Sukan Shah Alam Penyelamat Red Giants

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 1
  • 3 min read

Updated: Jun 3




Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants sedang berhadapan dengan rintangan besar dalam usaha memperbaiki prestasi bagi menghadapi persaingan liga sama ada peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Dana yang besar diperlukan oleh Red Giants bagi melengkapkan barisan skuad utama dengan meminjam bisa pemain import berkaliber.


Usaha tersebut buat masa sekarang sangat bergantung daripada hasil jualan tiket penonton yang datang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Namun data menunjukkan penurunan jumlah jualan tiket yang pernah mencecah purata sehingga 8,000 orang pada awal musim siangan liga Malaysia 2024/ 2025 menurun kepada 3,000 orang apabila mendekati penghujung musim.


Isu ini menjadi kebimbangan memandangkan buat masa kini Red Giants hanya mendapat sumbangan dana RM10 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor dan sekitar RM 8 juta tajaan secara keseluruhan daripada 40 buah syarikat swasta. Jumlah ini walaupun kelihatan besar, namun masih tidak mampu menampung jumlah keseluruhan perbelanjaan Red Giants yang dianggarkan bernilai RM38.8 juta setahun.


Pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam


Kebuntuan ini akhirnya telah dijawab melalui pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dirangka melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1). KSSA adalah jawapan untuk meningkatkan jumlah kehadiran penonton ke stadium bagi meningkatkan jumlah hasil jualan tiket sebagai sumber dana Red Giants.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Stadium tersebut berkapasiti 45,000 tempat duduk dan dianggarkan akan digunakan sebanyak 30 kali setahun terutamanya untuk perlawanan bola sepak (berdasarkan jumlah penggunaan Stadium Shah Alam sebelum ini). Purata harga tiket yang dijual adalah dalam lingkungan RM 15 (bermula RM 5 sehingga RM 30), maka dengan kehadiran penyokong Red Giants sebanyak purata 4,000 orang untuk satu perlawanan maka pendapatan dianggarkan mampu menjangkau RM 60,000.


Jumlah tersebut sedikit-sebanyak mampu membantu Red Giants untuk bangkit mempersiapkan pasukan dengan keadaan yang lebih selesa. Pendapatan yang mampu dijana oleh KSSA juga dianggarkan mampu diperolehi daripada penganjuran konsert dan acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Jika dilihat kepada data Kuala Lumpur Sports City (KLSC), penganjuran sebanyak 54 acara mampu menjana pendapatan sehingga RM 8.5 juta untuk tempoh setahun. KSSA mampu bersaing untuk mencapai pendapatan tersebut apabila beroperasi secara sepenuhnya nanti.


Rancakkan budaya keusahawanan melalui KSSA


Perancangan pembangunan KSSA juga turut menyelitkan perancangan untuk merancakkan budaya keusahawanan dengan cara melengkapkan ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS). KSSA akan dilengkapi dengan hab pelbagai guna dan pusat beli-belah yang akan dihubungkan secara terus dengan arena tertutup dan stadium utama. Perancangan ini akan membolehkan aliran pelawat yang lancar dari KSSA kepada usahawan sekitarnya.


KSSA juga merancang untuk menyokong usahawan terlibat melalui penganjuran program seperti eat streets, bazar pop-up dan tempat makan terbuka. Usaha ini dilihat bukan sahaja membantu usahawan tempatan, ia juga mampu menjana pendapatan yang lestari kepada KSSA melalui sewaan tapak perniagaan. Data daripada sewaan tapak usahawan PKS di Pavilion Bukit Jalil mengunjurkan pendapatan mencecah RM 24 000 untuk tempoh sebulan. Unjuran tersebut boleh digunakan untuk melihat hasil yang mampu dijana KSSA apabila ia beroperasi nanti.


KSSA mampu menjana pendapatan yang lumayan sekaligus membantu Red Giants untuk stabil dari segi perancangan kewangan memandangkan stadium tersebut dibina dengan mengambil kira tarikan pengunjung. KSSA akan turut dilengkapi dengan kemudahan sukan dalam dewan, e-sukan, ruang pameran dan acara seni dan budaya, kedai runcit barangan sukan, kedai makanan dan minuman serta muzium sukan.


Aliran pengunjung ke KSSA akan dipermudahkan melalui pelan induk KSSA yang memberi keutamaan kepada akses dan keterhubungan pengangkutan awam Transit Aliran Ringan 3 (LRT3). Pelengkap kepada aliran pengangkutan tersebut adalah Selangor Mobility yang merangkumi Bas Smart Selangor dan van Demand Responsive Transit (DRT).


Menjadi harapan terbesar kepada seluruh penyokong Red Giants supaya kemajuan KSSA akan turut membantu pasukan Selangor FC untuk terus lestari sebagai pasukan yang disegani di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.



Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page