top of page

Kompleks APMM baharu Semporna bukti komitmen Kerajaan lindungi Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read

Penyerahan projek Kompleks APMM di Semporna pertingkat keselamatan perairan di kawasan sekitar
Penyerahan projek Kompleks APMM di Semporna pertingkat keselamatan perairan di kawasan sekitar

Kerajaan MADANI terus komited dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan Sabah, khususnya di perairan timur wilayah itu.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, komitmen itu terbukti menerusi pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Semporna bernilai RM65.28 juta yang bakal menjadi benteng hadapan kawalan maritim bagi perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).


"Kemudahan moden ini diyakini mampu memperkukuh keselamatan perairan Sabah, khususnya di pantai timur yang sering berdepan ancaman penyeludupan, kemasukan pendatang tanpa izin serta jenayah rentas sempadan.


"Kompleks ini dilengkapi bangunan pentadbiran, logistik, jeti operasi, marina kapal serta helipad bagi operasi udara," katanya dipetik pada majlis penyerahan projek kompleks berkenaan pada Ahad.


Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.


Projek pembinaan kompleks itu dimulakan pada 30 Januari 2020 dan komponen bangunan daratan berjaya disiapkan lebih awal pada 29 September lepas, manakala pembinaan jambatan sepanjang 165 meter dan jeti head sepanjang 100 meter sedang giat disiapkan.


Dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan, ia akan berperanan sebagai pusat operasi dan rondaan utama Zon Maritim Semporna selain berfungsi sebagai hab koordinasi keselamatan dan latihan bersama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia serta Tentera Laut Diraja Malaysia.


"Dengan adanya kemudahan ini, pasukan APMM mampu bertindak lebih pantas dan efisien terhadap sebarang insiden keselamatan maritim, sekali gus meningkatkan kehadiran aset serta moral anggota di lapangan," tambah Saifuddin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page