Kompaun himpunan 2 Ogos dikurangkan, Menteri KDN ditanya sama ada salah guna kuasa?



Sidang Dewan Rakyat sesi pagi yang dibayangkan tidak akan 'menyengat' selepas Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan semalam menandatangani memorandum kerjasama, terbukti sebaliknya.


Pembangkang pagi ini mengasak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung arahan yang dikeluarkan kepada polis untuk menyekat Ahli-ahli Parlimen daripada memasuki bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu, sehingga mereka dikenakan kompaun RM3,000 seorang kerana mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.


Ahli Parlimen Jelutung dan Bruas membantah tindakan polis pada hari kejadian. Namun Menteri Dalam Negeri dalam jawapannya menjelaskan larangan masuk ke bangunan Parlimen dilakukan kerana sebelum itu Menteri Kesihatan telah mengesahkan berlaku jangkitan Covid 19 dan Parlimen perlu disanitasi.


Manakala Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pula berkata, beliau memberi arahan agar semua Ahli Parlimen dibenarkan masuk ke dewan persidangan serta pejabat Ahli Parlimen dibuka bagi memudahkan urusan anggota dewan mengemas barang-barang.


Berdasarkan hujah tersebut, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan siapakah yang memberi arahan kepada polis menyekat Ahli Parlimen kerana Speaker telah membenarkan bangunan Parlimen dibuka.


"Selepas kita dapat penjelasan dari Speaker dan Menteri Dalam Negeri perkara ini jadi jelas bahawa Speaker membenarkan Ahli Parlimen masuk ke dewan tanpa sekatan.


"Masalahnya Menteri Dalam Negeri memberi arahan kepada polis yang menyekat Ahli Parlimen. Menteri Dalam Negeri tolong jelaskan, adakah telah menyalahgunakan kuasa Menteri untuk melanggar usul diluluskan dalam dewan?


"Adakah menteri menyalahgunakan kuasa dan melanggar usul yang diluluskan?" tanyanya.


Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Ahli Parlimen Ipoh Timur mengadu beliau juga pada mulanya telah dihalang oleh polis daripada memasuki bangunan Parlimen, sedangkan beliau menunjukkan surat mesyuarat PAC pada hari berkenaan.


Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri menjawab polis mengikut prosedur yang ditetapkan dalam menjalankan tugas apabila Parlimen telah dijangkiti Covid 19 maka Ahli Parlimen dilarang masuk. Cuma berlaku kekhilafan layanan terhadap ahli-ahli PAC yang pada awalnya dilarang masuk.


Jawapan tersebut tidak memuaskan pihak Pembangkang kerana setiap permulaan penggal sidang Parlimen, dewan telah meluluskan usul meminta Ketua Polis Negara tidak menghalang Ahli Parlimen atau memastikan mereka memasuki dewan dengan lancar.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER