top of page

Kompauan ke atas wartawan dibatal, calon DUN Larkin gembira



Calon KEADILAN DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain gembira di atas pembatalan kompaun ke atas seorang pengamal media Sin Chew Daily yang dikompaun semalam hanya kerana ingin mendapatkan butiran lanjut calon ketika penamaan calon


Katanya, keputusan menarik balik kompaun itu memberi ruang yang lebih banyak kepada wartawan dalam menjalankan tugas mereka secara profesional.


"Ini sudah pasti selaras dengan gesaan yang dikeluarkan oleh saya semalam supaya penguatkuasaan protokol kesihatan atau SOP kepada rakan media perlu munasabah dan berkadaran.


"Pembatalan kompaun ini selari dengan gesaan yang dikeluarkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) melalui Pengarah Eksekutifnya, Wathslah Naidu yang menggesa pihak berkuasa memperuntukan peluang sama rata untuk sesi temuramah semua calon dan parti lain di pusat penamaan calon," katanya.


Dr Zamil berkata, pengamal media amat penting dalam pilihan raya yang menjadi penghubung antara parti politik dan rakyat.


Katanya, media menjadi medium utama menyampaikan tawaran calon kepada bakal pengundi dalam keadaan Prosedur Operasi Piawai yang amat ketat ketika berkempen.


"Kita semua menyertai pilihan raya ini kerana rakyat, maka rakyat tidak boleh dinafikan daripada terus mendapat maklumat yang komprehensif dan berkualiti daripada petugas media yang bertungkus lumus membuat liputan untuk tatapan dan pengetahuan umum," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page