Komik berilmu perlu untuk pendidikan era IR 4.0 - Dr Maszlee



Komik sering dilihat sebagai bahan bacaan kanak kanak di sekolah rendah.


Namun di negara maju seperti Jepun misalnya, komik mempunyai isi kandungan yang menarik dan sesuai dibaca oleh semua golongan.


Bagi mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, dalam kunjungannya ke Jepun sebelum ini, beliau menemui komik berilmu untuk bacaan golongan mahasiswa universiti dan malah ibu bapa dan golongan veteran sekali pun.


Katanya, komik di negara matahari terbit itu digunakan untuk menerangkan ilmu ilmu besar dalam bahasa yang mudah dan menarik untuk pembacaan.


"(Komik) dalam pelbagai persembahan. Saya kagum usaha mereka mendidik rakyat melalui pelbagai wahana, antaranya komik.


"Saya lihat ini agak kurang di Malaysia. Banyak lambakan komik di Malaysia (terutama kartun). Rakan rakan penerbit komik juga terbitkan komik kerjaya dan pelbagai yang lain tetapi tidak menjadi arus perdana.


"Maka di sini kita telah kehilangan medium yang ampuh untuk mendidik.


"Bila sebut komik jangan ingat anak anak. Di situ saya lihat kecendrungan yang perlu ditanggapi untuk menyampaikan ilmu dan maklumat.


"Pada waktu itu (ketika sebagai Menteri) saya terdetik mengapa tidak komik dijadikan (bahan) untuk mendidik," katanya dalam majlis pelancaran komik terbitannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 di PWTC, semalam.


Dr Maszlee dalam menandatangani kamik terbitannya

Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, beliau pernah ditanya di Parlimen apakah persiapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memasuki era pendidikan baharu.


Apakah usaha yang akan dilakukan untuk bukan sahaja mendidik anak anak tetapi ibu bapa dan guru memasuki gerbang Revolusi Industri (IR) 4.0 yang mempunyai gaya pendidikan berbeza, 5 hingga 10 tahun ke hadapan.


"Perkara ini berlegar di fikiran saya. Tetapi panas tidak hingga ke petang, hujan banjir (kerajaan Pakatan Harapan tumbang) di tengah hari. Lalu apa yang kita fikirkan itu tidak berjaya dilakukan.


"Bila datangnya Covid 19 sepatutnya itu masa yang sesuai dan kita boleh sampaikan. Kalau tak boleh secara digital (atas talian) kita boleh sampaikan secara e-comics.


"Dalam hal ini KPM perlu buat sesuatu tetapi mereka kurang berminat. Pada waktu itu saya berdoa untuk ingin terus mendidik rakyat, selamatkan generasi.


"Bidang komik bukan bidang saya. Saya lebih kepada buku akademik atun popular. Namun saya (berjaya) jadikan (terbit) komik ini kerana ingin mendidik rakyat. Akhirnya Allah makbulkan doa saya," katanya.


Dalam ceramah itu Dr Maszlee menerangkan 3 komik terbitan beliau untuk bacaan pelajar sekolah, bertajuk Simptom, Kerjaya dan Sivik.


Malah bacaan itu juga, katanya sesuai oleh golongan dewasa terutama ibu bapa dan guru yang mahu mendidik anak bangsa.


"Komik Kerjaya ini untuk bimbing anak anak, guru dan ibu bapa. Bimbing mereka apakah peluang pekerjaan untuk 5 - 10 tahun akan datang. Kerana peluang tak sama. Industri yang muncul tak sama selepas Covid 19. Jadi kita perlu tahu benda ini.


"Ini wajib cikgu dan ibu bapa baca kerana tidak mahu anak anak mereka ambil jurusan yang mereka tak minat.


"Komik Sivik pula kita buat untuk pendidikan sivik yang tinggi. Bagaimana menjalani kehidupan, bersih, kemas, disiplin. Ini amat membantu kita," katanya lagi.


Dalam kesempatan itu juga Dr Maszlee mempromosikan buku tulisan terbaharu beliau coffee book Simpang Renggam menerangkan pengenalan kepada dunia luar tentang Parlimen yang dimenanginya sejak 2018.


Dr Maszlee juga berkata akan menulis lebih banyak buku pada masa hadapan terutama dalam bidang pendidikan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER