top of page

Komen Siti Nurhaliza mengenai Rumah Terbuka Madani palsu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 1, 2023
  • 1 min read


Komen kononnya penyanyi terkenal tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak tahu bahawa beliau diundang untuk melakukan persembahan di majlis politik pada Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah kelmarin hanyalah rekaan semata mata.


Komen tersebut yang disiarkan di blog Rotikaya dan media sosial lainnya akhirnya mendapat penafian daripada Siti Nuhaliza semalam.


Mengulas hal berkenaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Fahmi Fadzil mengingatkan agar rakyat malah pengamal media berhati hati dalam menyebarkan khabar angin.



"Datuk Seri Siti Nurhaliza tegur ROTIKAYA tentang berita palsu yang ditulis laman itu.


"Malangnya berita palsu ini tersebar sejak semalam dan telah menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti. Malah ada yang percaya, dan ada juga yang jadikannya bahan politik.


"Rakan-rakan media diingatkan agar sentiasa mengesahkan info & sumber sebelum menerbitkan berita supaya tidak timbul isu seperti ini," katanya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mengingatkan tindakan undang-undang boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran undang undang.


Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page